Page 487 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 487
6.2 Tatacara guru
6.2.1 Guru perlu peka terhadap semua surat pekeliling berkenaan yanag
diedarkan.
6.2.2 Guru mesti memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa
dan selepas aktiviti dijalankan.
6.2.3 Guru hendaklah memeriksa semua peralatan yang akan digunakan.
6.2.4 Guru hendaklah mengagihkan tugas mengikut kemampuan pelajar.
6.2.5 Guru hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
6.2.6 Guru hendaklah mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan bermasalah
untuk dikecualikan daripada mengambil bahagian atau meneruskan aktiviti.
6.2.7 Guru hendaklah sentiasa memantau dan membuat penilaian terhadap
tugasan.
6.2.8 Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan yang
ditetapkan (peraturan sekolah / aktiviti).
6.2.9 Guru hendaklah sentiasa memastikan kawasan yang digunakan dalam
keadaan selamat dan selesa.
7.0 Kegiatan Luar Lawatan Sambil Belajar
7.1 Tatacara pelajar
7.1.1 Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
7.1.2 Pelajar dikehendaki menyediakan pakaian yang secukupnya mengikut atur
cara.
7.1.3 Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan berkaitan.
7.1.4 Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik sekolah.
7.1.5 Pelajar dikehendaki sentiasa peka kepada arahan dan peraturan tempat
lawatan.
7.1.6 Pelajar sentiasa berada dalam kumpulan.
7.1.7 Sekiranya pelajar terpisah daripada kumpulan, tunggu di satu tempat dan
minta bantuan.
7.1.8 Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecemasan yanag berlaku.
7.1.9 Pelajar dikehendaki membuat persediaan awal untuk program lawatan.
7.1.10 Pelajar dikehendaki membuat catatan sepanjang program.
7.1.11 Pelajar dikehendaki menulis laporan / esei selepas program lawatan.
7.2 Tatacara guru / penasihat
7.2.1 Guru / penasihat dikehendaki menyediakan kertas kerja program dan
dihantar untuk proses kelulusan pihak pentadbir.
7.2.2 Guru / penasihat dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada JPNJ.
7.2.3 Guru / penasihat dikehendaki memastikan program berjalan mengikut jadual.
7.2.4 Guru / penasihat sentiasa memantau tentang bilangan pelajar setiap sesi.
7.2.5 Guru / penasihat memainkan peranan untuk memastikan program berjaya.
7.2.6 Guru / penasihat melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap atur cara.
7.2.7 Guru / penasihat dikehendaki menyediakan cenderamata untuk tempat-
tempat lawatan (jika perlu).
7.2.8 Guru / penasihat dikehendaki sentiasa mengawasi disiplin pelajar.
7.2.9 Guru / penasihat dikehendaki sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan
pelajar.
36