Page 477 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 477
Menyimpan dan merekod Minit Mesyuarat setiap KPSU – dapatkan dari
Ketua Penasihat
Memaklumkan di perhimpunan kepada pelajar tentang Jadual
Perjumpaan pada minggu tersebut.
Menyediakan dan memastikan jadual aktiviti mingguan/perjumpaan
dipatuhi oleh Ketua Penasihat setiap KPSU
Memantau perjalanan aktiviti/perjumpaan KPSU
Mengumpulkan laporan tahunan aktiviti setiap KPSU dan serah kepada
setiausaha kokurikulum untuk didokumentasikan sebelum diserah kepada
GPK Kokurikulum
7. TUGAS PENGURUS PASUKAN/GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN
7.1 Memastikan jadual perlawanan berdasarkan takwim sukan daerah
7.2 Menghebahkan kepada pelajar pemilihan pasukan sekolah
7.3 Bekerjasama dengan guru penasihat/jurulatih permainan dalam pemilihan
pelatih
7.4 Berbincang dengan jurulatih dalam menetapkan jadual latihan dan
maklumkan kepada pelajar.
7.5 Membuat perkara-perkara berikut:
Memastikan peralatan dan kemudahan yang lengkap dalam sesi latihan
Memastikan peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan cukup
dan bersih
Menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang difirkirkan perlu seperti
baju pemain, kasut, perubatan dan sebagainya.
Menyediakan belanjawan
Menyediakan surat kebenaran penjaga – dapatkan daripada setiausaha
sukan atau penyelaras
Menyediakan pengangkutan pelajar
Memastikan kebajikan pelajar dititikberatkan
Mengiringi/menyediakan guru pengiring jika aktiviti dijalankan di luar
sekolah.
7.6 Sentiasa berbincang dengan jurulatih dan Guru Penasihat mengenai
perkembangan pelatih dan potensi pelatih
7.7 Hantar laporan keputusan perlawanan kepada setiausaha kokurikulum untuk
diserah kepada GPK Kokurikulum
7.8 Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
7.9 Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
7.10 Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas / Tingkatan /
Sekolah.
26