Page 58 - MP125-JULAI 2018 FINAL PRINTED COPY
P. 58
kelas digital
dan memiliki ciri interaksi mesra
pengguna yang menarik serta
mudah difahami. Susun atur antara
muka serta persembahannya
pula ringkas dan mampu menarik
perhatian.
Lebih menarik lagi apabila
kaedah memproses data murid
bagi mengesan tahap kemajuan
mereka boleh dijana serta merta
secara automatik. Semua aplikasi Gamifikasi juga sangat sesuai
dalam PdP sTeM.
berkenaan juga berkebolehan untuk
menjana laporan perkembangan
murid secara terperinci untuk
tujuan semakan dan rujukan dari
masa ke masa.
Hal ini membolehkan guru
memantau kemajuan murid dan
mengambil tindakan segera yang
progresif bagi menangani masalah
murid yang didapati kurang
menunjukkan kemajuan atau tidak
dapat mengikuti pengajaran.
Aplikasi Quizizz misalnya,
merupakan suatu aplikasi kuiz
secara online yang boleh diguna
oleh guru untuk merangsang
minat murid semasa proses PdP
melalui suasana pembelajaran
secara interaktif. Aplikasi ini boleh
digunakan melalui pelbagai peranti
seperti komputer meja, laptop
(komputer riba), tablet dan telefon
pintar.
Guru boleh membina pelbagai
kuiz berkaitan topik yang ingin
diuji dengan berkongsi nombor kod
kuiz tersebut untuk dijawab oleh
murid. Skrin di hadapan kelas atau
bilik darjah akan memaparkan
maklumat berkaitan penglibatan
murid dengan soalan yang akan
digunakan manakala pada peranti
murid pula akan memaparkan
soalan untuk dijawab. Perkara ini
akan mewujudkan suasana ingin
58 • JUlai
2018
56_59 kelas Gamifikasi yt.indd 58 7/2/18 1:34 AM