Page 3 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 3

PENGENALAN





                                    LATAR BELAKANG

                         Pada  tahun  1987,  organisasi  Pusat  Sumber  Pendidikan  Negeri  (PSPN)  telah
         dirombak untuk membolehkan Unit Teknologi Pendidikan (UTP) dicantumkan dan diserapkan
         ke  dalam  organisasi  PSPN.  Pada    tahun  1996  semua  PSPN  telah  diletakkan  di  bawah
         pengawasan  Bahagian  Teknologi  Pendidikan  (BTP)  dan  Pusat  Kegiatan  Guru  (PKG)  telah
         diletakkan  di  bawah  pengawasan  pengurusan  dan  pentadbiran  PSPN.  Sebanyak  367  buah
         PKG  telah  diwujudkan  di  seluruh  negara  yang  mana  200  buah  daripada  PKG  tersebut
         mempunyai bangunan sendiri dan 167 buah lagi berbangunan sementara yang menumpang di
         bangunan sekolah atau bangunan yang telah diubah suai. PKG merupakan sebuah organisasi
         yang  bersifat  mesra  pengguna  dan  tempat  membolehkan  guru  membuat  perbincangan  dan
         mengikuti  kursus.  PKG  juga  berperanan  mewujudkan  tempat  berkongsi  pengalaman  tentang
         bahan-bahan  sumber  pendidikan  dan  pemikiran  guru  serta  para  pendidik  lain,  mendapat
         maklumat  tentang  hal-hal  yang  berkaitan  dengan  pendidikan  serta  dapat  membantu  proses
         pengajaran dan pembelajaran.


         PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU

                Peranan  PKG  adalah  untuk  mengatasi  dan  merapatkan  jurang  perbezaan  dalam
         pencapaian pendidikan sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Di samping itu juga PKG
         menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membantu dalam membina bahan pengajaran
         dan  pembelajaran  dengan  kos  yang  rendah.  Matlamat  penubuhan  PKG  juga  adalah  untuk
         mempekenalkan dan membiasakan guru dengan asas pengetahuan dan penggunaan teknologi
         maklumat.  Matlamat  penubuhan  PKG  adalah  jelas  bertujuan  untuk  meningkatkan  kualiti
         pendidikan melalui keberkesanan pengajaran  pembelajaran  di bilik darjah  yang  dilaksanakan
         oleh guru. PKG telah berusaha untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut:


                     Memupuk  kesedaran  para  pendidik  terhadap  pentingnya  peranan  teknologi
                      pendidikan dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

                     Memberi  khidmat  bantuan  yang  boleh  memenuhi  keperluan  meningkatkan  mutu
                      pengajaran khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar bandar.

                     Menggalakkan  para  pendidik  menyampaikan  pelajaran  dengan  cara  yang  lebih
                      kreatif  dan  inovatif  melalui  penggunaan  pelbagai  media  pendidikan,  dengan
                      memberikan latihan serta khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

                     Membantu  dalam  perancangan  dan  pelaksanaan  sebarang  pembaharuan
                      kurikulum.
   1   2   3   4   5   6   7   8