Page 4 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 4

PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN PUSAT KEGIATAN GURU
                Kemudahan  infrastruktur  teknologi  komunikasi  dan  maklumat  komunikasi  telah
         diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara, untuk menghasilkan generasi pelajar celik
         teknologi  maklumat  dan  mampu  menyumbang  kepada  pembangunan  masyarakat
         bermaklumat. PKG di seluruh negara juga telah dinaik taraf dengan kemudahan infrastruktur.
         Ini kerana PKG terlibat dengan penyebaran maklumat dan berperanan sebagai pakar runding
         kepada para guru dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk penggunaan
         teknologi  ICT  dalam  PdP.  Peranan  PKG  dan  pelaksanaannya  dalam  membantu  guru
         menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peranannya seperti berikut:

                    Menjalankan  proses  promosi  PKG  dan  penggunaan  ICT  dalam  pengajaran  dan
                      pembelajaran.

                   Melaksanakan kursus/ bengkel/ seminar.

                   Menyediakan kemudahan perkakasan, peralatan dan perisian ICT.

                   Menyediakan juruteknik komputer bagi membantu menyelenggara peralatan ICT.
                    Menajalani pelbagai aktiviti PKG untuk perkembangan profesionalisme guru.




         JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG

                PKG  berupaya  menjadi  pengurus  yang  baik,  berkeupayaan  untuk  meramal  dan
         merancang  keperluan  PKG  masa  hadapan.  Ini  membolehkan  pengurus  PKG  merangka  visi,
         misi  dan  objektif  PKG  berasaskan  perspektif  yang  lebih  luas,  idea  yang  kreatif,  dan
         berkeupayaan       menggunakan        pengetahuan      dan     perkembangan       teknologi     dalam
         membangunkan PKG. Di samping itu juga, berkeupayaan melihat masalah dari pelbagai sudut
         sebelum  memperoleh  kaedah  penyelesaian  yang  menyeluruh  dan  berkesan.  Bagi
         menggerakkan  aktiviti  PKG,  diwujudkan  Jawatankuasa  Permuafakatan  Aktiviti  (JKPA)  PKG
         yang dijalankan atas keperluan sekolah setempat atau sekolah ahli zon PKG. JKPA PKG yang
         dipengerusikan  oleh  Pengetua/  Guru  Besar  sekolah  ahli  berperanan  untuk  membuat
         perancangan  berkaitan  keperluan  aktiviti  yang  berkiatan  dengan  dasar  BTPN/PKG.  Peranan
         JKPA juga akan mewujudkan pakatan dan aktiviti perkongsian antara sekolah ahli melalui PKG.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9