Page 8 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 8
Rumusan berdasarkan graf di atas adalah, bagi mesyuarat JKPA bilangan 1/2017,
seramai 27 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar (PGB) iaitu seramai
25 dan dua orang pegawai PKG Telok Gadong telah menghadiri mesyuarat ini. Namun pada
mesyuarat JKPA bilangan 2/2017, hanya seramai 16 orang PGB dan dua orang pegawai PKG
telah menghadiri mesyuarat ini.
Bagi mesyuarat kluster Tekno-ICT bilangan 1/2017 semua GPB/GPICT sekolah ahli
bersama seorang pegawai dan dua staff PKG Telok Gadong telah menghadiri mesyuarat ini.
Bagi mesyuarat bilangan2/2017 pula jumlah kehadiran guru hanya 22 orang sahaja dan seorang
pegawai PKG. Mesyuarat kluster PSS pula seramai 27 orang GPM serta seorang pegawai PKG
telah hadir untuk mesyuarat bilangan 1/2017. Manakala untuk mesyuarat bilangan 2/2017
kesemua GPM sekolah ahli beserta seorang pegawai PKG telah hadir mesyuarat ini.
Secara keseluruhannya, bagi kehadiran mesyuarat JKPA, perlu ditambah baik terutama
bagi mesyuarat bilangan 2/2017. Namun pihak PKG memahami tentang kekangan waktu
pentadbir kerana mereka juga terlibat dengan program, aktiviti dan mesyuarat-mesyuarat yang
lain. Manakala bagi kluster Tekno-ICT dan PSS diharap akan terus sentiasa memberikan
komitmen dengan lebih baik lagi.