Page 10 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 10
PEMANTAUAN / IKBB
Pelaksanaan pemantauan atau khidmat bantu bersepadu ini adalah bertujuan untuk
membantu pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran guru dalam bidang teknologi
pendidikan, inisiatif ICT dan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam memenuhi aspirasi
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) abad ke-21. Khidmat bantu bersepadu yang dilaksanakan
ini adalah merangkumi objektif-objektif berikut:
1. Memastikan perkhidmatan 1BestariNet mencapai KPI yang ditetapkan.
2. Memastikan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM mencapai tahap 3
bintang ke atas (SSQS).
3. Memastikan pengurusan dan penggunaan bahan MBMMBI mencapai sasaran
yang ditetapkan.
4. Memastikan pembangunan dan penggunaan Laman Pembelajaran dalam VLE
mencapai KPI yang ditetapkan.
5. Memastikan status e-data, aduan STS dan pengurusan Kew-PA serta maklumat
makmal komputer dikemaskini.
6. Mengumpul maklumat untuk tindakan susulan dan khidmat bantu secara
maksimum.
7. Menyediakan laporan yang efektif untuk tujuan rujukan dan dokumentasi.
Pelaksanaan Instrumen Khidmat Bantu Bersepadu (IKBB) telah dilaksanakan bermula
daripada 6 Mac sehingga 19 Mei 2017 dengan jenis pelaksanaan secara memeriksa dan
memberi khidmat bantu ini adalah meliputi bahagian-bahagian berikut:
a. 1Bestarinet
b. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM
c. MBMMBI
d. Laman Pembelajaran VLE
e. e-Data, STS dan Kew-PA serta Makmal Komputer
Daripada lima bahagian ini, hanya bahagian 1Bestarinet tiada sebarang peratusan
diberikan kerana khidmat bantu yang diberikan adalah untuk memeriksa maklumat dan
keberkesanan 1Bestarinet di sekolah. Pembahagian peratusan secara keseluruhan adalah
seperti berikut: