Page 9 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 9
BENGKEL / KURSUS
PKG Telok Gadong juga telah melaksanakan beberapa siri bengkel atau kursus sebagai
salah satu faktor dalam meningkatkan pembangunan sumber manusia setempat. Melalui siri
bengkel atau kursus ini, pihak PKG telah memberi khidmat nasihat terhadap penggunaan
media, peralatan dan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bengkel atau
kursus ini juga bertujuan untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat mengenai bidang
pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah-sekolah setempat. Ia juga
menjadi pemangkin kepada pihak PKG dalam membantu menyelaras perkongsian idea dalam
pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
Bagi tahun 2017 ini, PKG Telok Gadong telah melaksanakan tiga kursus atau bengkel
sebagai latihan teknologi pendidikan kepada GPM, GPB/GPICT dan ketua bidang/ketua panitia
Bahasa Inggeris mengikut bidang tugas masing-masing di sekolah. Berikut adalah jadual
pelaksanaan kursus di PKG Telok Gadong sepanjang tahun 2017.
BIL TAJUK KURSUS/ BENGKEL TARIKH PENGLIBATAN/
PELAKSANAAN KEHADIRAN
1 BENGKEL PENGURUSAN FAIL PSS ZON 14 MAC 2017 GPM / 27 ORANG
PKG TELOK GADONG (SELASA)
2 BENGKEL PEMBUGARAN VLE FROG 4 APRIL 2017 GPB@GPICT/
ZON PKG TELOK GADONG (SELASA) 11 ORANG
3 BENGKEL MBMMBI 2017 ZON PKG 19 SEPTEMBER 2017 KETUA BIDANG
TELOK GADONG (SELASA) @KETUA PANITIA
BAHASA INGGERIS/
7 ORANG
Bengkel yang pertama dilaksanakan adalah bengkel yang melibatkan GPM yang
dijalankan pada bulan Mac dan seorang GPM tidak dapat hadir kerana sedang bercuti. Bagi
bengkel yang kedua iaitu Bengkel Pembugaran VLE Frog tidak melibatkan semua GPB/GPCT
sekolah-sekolah ahli PKG Telok Gadong tetapi hanya melibatkan sejumlah 11 orang sahaja
yang mana mereka ini adalah merupakan Jurulatih Utama (JU) VLE Frog bagi zon PKG Telok
Gadong. Begitu juga dengan Bengkel MBMMBI yang hanya melibatkan 8 buah sekolah
menengah sahaja. Walaubagaimanapun sebuah sekolah tidak hadir bersebab.