Page 7 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 7

MESYUARAT DI PKG











                 Pelaksanaan mesyuarat di PKG di bawah Fungsi 1 (Dasar) berfungsi sebagai medium

         untuk  PKG  dan  sekolah  bersama-sama  melaksana,  memantau,  menilai  dan  mengurus
         keperluan  dasar  teknologi  pendidikan  di  sekolah.  Ia  bertujuan  untuk  membina  hubungan
         profesional  antara  sekolah  dengan  JPN/PPD/BTPN  dan  PKG  melalui  sesi  mesyuarat/

         perjumpaan.  Selain  itu,  melalui  mesyuarat  juga  dapat  berkongsi  maklumat  dan  cadangan
         penambahbaikan  dalam  pelaksanaan.  Ia  juga  turut  dapat  membantu  dan  memberi  sokongan
         dalam  aspek  pengurusan  pembestarian  sekolah  pembangunan  PSS,  program  galakan

         membaca dan penggunaan teknologi dalam PdP abad ke-21.

                 Terdapat  tiga  jenis  mesyuarat  dalam  struktur  JKPA  di  PKG  Telok  Gadong  iaitu

         mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) yang melibatkan Pengetua dan Guru
         Besar sekolah-sekolah zon PKG Telok Gadong. Seterusnya mesyuarat kluster Tekno-ICT yang
         ahli-ahlinya terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Penyelaras ICT (GPICT)

         sekolah-sekolah zon PKG Telok Gadong. Akhir sekali mesyuarat kluster PSS yang melibatkan
         Guru  Perpustakaan  dan  Media  (GPM)  sekolah-sekolah  ahli  zon  PKG  Telok  Gadong.  Setiap

         struktur akan melaksanakan mesyuarat sebanyak dua kali setahun.

                 Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan mesyuarat mengikut struktur JKPA zon PKG
         Telok Gadong:




                   MESYUARAT                   JKPA                TEKNO- ICT                 PSS
                    BILANGAN:
                      1/2017               13 Mac 2017             1 Mac 2017            10 April 2017

                      2/2017            6 November 2017        20 September 2017         21 Julai 2017


                 Berdasarkan jadual di atas, PKG Telok Gadong telah berjaya melaksanakan mesyuarat

         untuk ketiga-tiga struktur JKPA PKG Telok Gadong. Muka surat berikutnya memaparkan pula
         graf kehadiran ahli bagi setiap struktur JKPA ke mesyuarat-mesyuarat ini.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12