Page 12 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 12
LAPORAN PROGRAM KHIDMAT BANTU BERSEPADU FASA 2
PKG TELOK GADONG 2017
PENGENALAN
Program Khidmat Bantu Bersepadu Fasa 2 (PKBBF2) dilaksanakan sebagai program susulan
kepada Instrumen Khidmat Bantu Bersepadu (IKBB) yang telah dijalankan oleh PKG ke sekolah-
sekolah zon masing-masing. PKBBF2 ini ditambah baik dari segi instrumen. Dalam PKBBF2 ini,
instrumen dibahagikan mengikut skop khidmat bantu yang telah ditetapkan iaitu:
1. Perkhidmatan 1 BestariNet, VLE dan Peralatan ICT
2. Khidmat Bantu Sumber Pendidikan (EduWeb TV, Astro, Bahan MBMMBI, e-Bahan, Bahan
Digital CEFR)
3. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS), Program NILAM, Bahan Bacaan Tambahan
(BBT)
4. Khidmat Bantu Lain
Tujuan PKBBF2 ini adalah untuk membantu sekolah dalam memastikan penggunaan,
pengurusan dan penambahbaikan terhadap keempat-empat skop ini dapat dilaksanakan bagi
menyokong pelaksanaan kurikulum di sekolah.
LATAR BELAKANG
Bagi PKBBF2 ini, PKG Telok Gadong telah berjaya melaksanakan sepuluh khidmat bantu
kepada sekolah-sekolah berikut:
Perkhidmatan 1 Khidmat Bantu Sum- Pengurusan Pusat Khidmat Bantu Lain
BestariNet, VLE dan ber Pendidikan Sumber Sekolah
Peralatan ICT (EduWeb TV, Astro, (PSS), Program
Bahan MBMMBI, e- NILAM, Bahan
Bahan, Bahan Digital Bacaan Tambahan
CEFR) (BBT)
Sk Telok Gadong SMK Raja Mahadi SK Telok Gadong SK Telok Gadong
SMK Raja Mahadi (4)
SK Sungai Udang
SJK(T) Jalan Tepi
Sungai
Khidmat bantu ini hanya dapat dilaksanakan di beberapa buah sekolah sahaja kerana kekangan
waktu sama ada daripada pihak PKG mahupun pihak sekolah menyebabkan khidmat bantu
kepada setiap sekolah yang dibantu hanya mengikut skop-skop tertentu sahaja. Berdasarkan
jadual di atas, bagi Perkhidmatan 1 BestariNet, VLE dan Peralatan ICT, hanya melibatkan SK
Telok Gadong sahaja. Manakala bagi Khidmat Bantu Sumber Pendidikan (EduWeb TV, Astro,
Bahan MBMMBI, e-Bahan, Bahan Digital CEFR) pula hanya melibatkan SMK Raja Mahadi.
Seterusnya, bagi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS), Program NILAM, Bahan Bacaan
Tambahan (BBT) melibatkan SK Telok Gadong dan SMK Raja Mahadi. Akhir sekali bagi Khidmat
Bantu lain, SK Telok Gadong sebanyak 4 kali manakala SK Sungai Udang dan SJK(T) Jalan
Tepi Sungai hanya sekali sahaja.