Page 17 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 17
PENARAFAN PSS
PENGENALAN PSS
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.
PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi
maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras selaras dengan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF PSS
Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi
membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan
pemikir yang kritis.
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua
warga sekolah.
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat,
pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
FUNGSI PSS
Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang
dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga
sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau
kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian,
penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
TUJUAN PENARAFAN
1. Mewujudkan PSS yang memenuhi spesifikasi.
2. Memastikan PSS diurus secara sistematik dan berkesan.
3. Memantapkan PSS sedia ada ke arah PSS yang berkesan.
4. Menjadi garis panduan bagi semua PSS di Malaysia.