Page 20 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 20
BAHAGIAN A: PENILAIAN DOKUMENTASI
Aktiviti pendokumentasian perlu dilaksanakan untuk merekod dan memudahkan pengesanan ba-
han. Bahagian ini memberikan markah penuh sebanyak 15 % dan dibahagikan kepada tujuh ba-
hagian iaitu:
A1: Struktur Organisasi PSS
A2: Rancangan Tahunan
A3: Dokumen dan Rekod PSS
A4: Pengelolaan Koleksi
A5: Jadual Waktu
A6: Kewangan PSS
A7: Pengurusan NILAM
Faktor penting dalam mewujudkan sesuatu sistem pentadbiran dan pengurusan yang licin, cekap
dan berkesan ialah sumber manusia atau kakitangan yang sesuai dan mencukupi bergantung
kepada fungsi, perkhidmatan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu tentunya PSS yang
besar berbeza dengan PSS yang kecil.
PERATUSAN JUMLAH
SEKOLAH
1-5% 0
6-10% 3
11-15% 25
Berdasarkan carta di atas, dijelaskan di sini bahawa daripada 28 buah sekolah yang berada di
bawah zon PKG Telok Gadong, didapati tiada sekolah yang mencapai jumlah peratusan dibawah
5%. Tiga buah sekolah mencapai peratusan 6-10% dan 25 buah sekolah lagi mencapai jumlah
peratusan antara 11-15%.
Disini dapat dirumuskan bahawa elemen penting dalam bahagian ini adalah pentadbiran dan
pengurusan PSS yang melibatkan perancangan, pengurusan, kepimpinan dan pengawalan bagi
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan tugas.