Page 24 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 24
BAHAGIAN E: PENILAIAN KRITERIA KHUSUS
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling kecil jumlah markahnya iaitu 10%. Namun begitu,
bahagian inilah yang paling sukar bagi GPM. Bahagian ini hanya menilai satu kriteria sahaja iaitu
Ciri Keistimewaan.
Berikut adalah rumusan markah bagi bahagian ini:
Kesimpulan berdasarkan graf di atas adalah, sebanyak 4 buah sekolah zon PKG Telok Gadong
mencapai markah antara 1-3%, 13 buah sekolah mendapat markah antara 4-6% dan 11 buah
sekolah mendapat markah antara 7-10%.
Masalah yang dapat dikenal pasti adalah kebanyakan sekolah tidak dapat menyediakan
dokumen sokongan untuk kriteria Koleksi Setempat, Inovasi dan Kebitaraan Sekolah dengan
lengkap dan tersusun.