Page 25 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 25

RUMUSAN

         Keseluruhannya, melalui penarafan kendiri ini, dapat disimpulkan bahawa PSS sekolah-sekolah
         zon PKG Telok Gadong masih lagi dalam tahap sederhana. Kebanyakan sekolah dilihat mampu
         mewujudkan  kriteria-kriteria  yang  diperlukan  seperti  dalam  instrumen  dari  sudut  pengurusan
         namun begitu, dari segi pelaksanaan dan penggunaan masih lagi kurang di ambil berat terutama
         yang melibatkan rekod dan dokumentasi.



         PKG  Telok  Gadong  juga  dapat  mengenal  pasti  bahawa  masalah  lain  yang  menyebabkan
         pentadbiran PSS di sekolah kurang memuaskan adalah disebabkan pentadbir dan rakan-rakan
         guru  kurang  memberi  sokongan.  Walaupun  telah  sedia  maklum  bahawa  GPM  seharusnya
         mendapat  jumlah  waktu  mengajar  antara  8-12  waktu  dan  masa-masa  yang  lain  adalah
         melibatkan  pengurusan  PSS,  namun  GPM  ini  kebanyakan  dijadikan  batu  loncatan  untuk
         memenuhi relief untuk memudahkan pengurusan sekolah.



         Berikut  adalah  pembahagian  markah  peratusan,  gred  dan  bintang  mengikut  bahagian  dari
         penarafan PSS secara kendiri:





















         Secara  keseluruhannya  pembahagian  gred  dan  bintang  PSS  bagi  zon  PKG  Telok  Gadong
         adalah seperti berikut:


                                                                        JUMLAH
                                          GRED          BINTANG
                                                                       SEKOLAH
                                            A               5               2
                                            B               4              18

                                            C               3               8
                                            D               2               0

                                            E               1               0
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30