Page 26 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 26
SSQS
SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai
oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai
amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke
semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan
mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula
penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan
web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Objektif SSQS
Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.
Responden
1 orang pentadbir
1 orang koordinator
30 orang guru
30 orang murid
Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)
1 orang pentadbir
1 guru Penyelaras ICT
Sekurang-kurangnya 6 orangg guru iaitu seorang satu subjek
Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek.