Page 31 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 31

PROGRAM PSS










              LAPORAN PELANCARAN NILAM (HAN1S) ZON PKG TELOK GADONG


         NILAM’    atau  Nadi  Ilmu  Amalan  Membaca  merupakan  penggabungan  atau  adunan  semua
         aktiviti  galakan  membaca  yang  pernah  dijalankan  di  sekolah  dengan  memberi  pengiktirafan
         yang  sesuai.  Pelaksanaan  program  ini  meliputi  penilaian  pembacaan  yang  berterusan
         sepanjang  tahun  dan  markah  dikumpulkan  secara  kumulatif  sehinggalah  mereka  tamat
         persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
         untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus
         setia  di  Kementerian  Pelajaran  yang  ditugaskan  untuk  menyelaras  program  ini.  Program  ini
         telah  mula  dilaksanakan  dengan  Tahun  Satu  di  sekolah  rendah  dan  Tingkatan  Satu  atau
         Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
         Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22
         Mei 1998.

                Atas  usaha  untuk  menggalakkan  murid-murid  supaya  menjadikan  pembacaan  sebagai
         satu  amalan,  maka  sekolah-sekolah  ahli  zon  PKG  Telok  Gadong  telah  berinisiatif  untuk
         membuat  program  Pelancaran  NILAM  atau  Hari  NILAM  1  Selangor  (HAN1S).  Dalam
         melaksanakan pelancaran ini pelbagai aktiviti diadakan seperti gimik pelancaran, persembahan
         murid dan juga nyanyian lagu NILAM dan Membaca Gaya Wawasan.

                Sekolah  ahli  zon  PKG  Telok  Gadong  ada  sebanyak  28  buah  sekolah.  Di  bawah  ini
         adalah laporan dan graf  bagi 28 buah sekolah ahli yang telah menghantar laporan.


















                Merujuk graf di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa sekolah-sekolah ahli zon PKG
         Telok  Gadong  telah  melaksanakan  pelancaran  NILAM  atau  HAN1S  ini  bermula  dari  bulan
         Januari  sehingga  bulan  April.  Kebanyakan  sekolah  dilihat  telah  melaksanakan  pelancaran
         NILAM  ini  pada  bulan  Februari  iaitu  sebanyak  17  buah  sekolah  diikuti  pada  bulan  Mac
         sebanyak 6 buah sekolah, seterusnya bulan Januari sebanyak 4 buah sekolah dan pada bulan
         April hanya sebuah sekolah sahaja yang melaksanakan pelancaran tersebut.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36