Page 33 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 33
LAPORAN KM1M ZON PKG TELOK GADONG
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Kem Membaca 1Malaysia yang
bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui
pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Matlamat KM1M
adalah untuk menanam minat para murid untuk mendampingi Pusat Sumber Sekolah melalui
aktiviti yang dijalankan. Seterusnya ia juga bermatlamat untuk memupuk pengetahuan murid
tentang kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Berdasarkan graf di atas, menunjukkan penglibatan warga sekolah Zon PKG Telok
Gadong dalam menjayakan program ini. Sejumlah 23997 orang yang terlibat mewakili semua
sekolah Zon PKG Telok Gadong dalam program ini iaitu meliputi sebanyak 68.1%. Ada beberapa
buah sekolah hanya melibatkan murid-murid tertentu sahaja seperti SJK(C) Chuen Min yang
hanya melibatkan murid tahun 4 sahaja, SK Batu Unjur yang melibatkan murid tahun 4 hingga 6
sahaja dan SMK La Salle yang hanya melibatkan 300 orang sahaja.
Terdapat juga sekolah yang tidak memaklumkan jumlah penglibatan dan ini
menyukarkan pengiraan antaranya SK (L) Methodist ACS, SJK(T) Simpang Lima (*belum hantar
laporan kerana sedang bercuti dan berada di luar negara), SJK(T) Ladang Highlands, SK Batu
Unjur, SMK Telok Gadong, SMK Batu Unjur dan SMK Bukit Tinggi.
Seterusnya kita lihat pula dari segi tarikh pelaksanaan, walaupun telah dimaklumkan
bahawa tarikh pelaksanaan adalah pada 4 hingga 6 April 2017 namun terdapat beberapa
sekolah yang melaksanakan pada tarikh yang lain kerana mengikut keperluan takwim sekolah
masing-masing. Daripada 28 buah sekolah, sebanyak hanya tiga buah sekolah sahaja yang
melaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.