Page 34 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 34

Dari segi jumlah hari melaksanakan KM1M bagi sekolah-sekolah zon PKG Telok Gadong ialah
         sebanyak  14  buah  sekolah  melaksanakan  kem  ini  selama  sehari  sahaja,  tiga  buah  sekolah
         melaksanakan kem ini selama dua hari, enam buah sekolah melaksanakan kem ini selama tiga
         hari  dan  empat  buah  sekolah  melaksanakan  selamat  empat  hari.  Rumusannya  adalah  seperti
         berikut:

























                     Kebanyakan sekolah mengadakan kuiz atau pertandingan dengan imbuhan handiah
         yang menarik sebagai aktiviti penyeri KM1M ini seperti kuiz teka silang kata, peraduan mewarna,
         pertandingan  mencipta  kulit  buku  cerita,  kuiz,  melukis  poster  dan  banyak  lagi.
         Walaubagaimanapun terdapat juga sekolah yang hanya melaksanakan pelancaran dan program

         tertentu sahaja seperti SK  Telok  Gadong yang hanya membuat majlis pelancaran sahaja, SJK
         (C) Hin Hua dengan programnya iaitu Majlis derma buku dan pameran buku, SJK(C) Chuen Min
         yang  melaksanakan  program  Teknik  Penggunaan  Kamus,  SJK(T)  Ladang  Highlands  yang
         hanya melaksanakan program bimbingan bacaan dan program membaca serta  SMK  La  Salle
         yang mengadakan program mewujudkan sudut bacaan kelas.


                     Tidak  kira  apa  pun  aktivitinya,  yang  penting  komitmen  GPM  dan  sekolah  dalam
         melaksanakan program KM1M ini, diharap dapat memupuk minat murid untuk terus membaca
         disamping menjadikan aktiviti bacaan ini sebagai aktiviti yang dapat mengisi masa lapang murid-
         murid.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39