Page 22 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 22
BAHAGIAN C: PENILAIAN BAHAN DAN PERALATAN
Pusat Sumber Sekolah adalah lanjutan perpustakaan tradisional yang dahulunya dinamakan
dengan khutub khanah yang mana kita hanya boleh mendapati bahan bacaan sahaja. Kini,
koleksi PSS meliputi pelbagai jenis alat dan bahan. Penggunaan PSS pada masa kini perlulah
memenuhi kehendak diri dan kurikulum. Koleksi PSS yang ada mestilah dapat membantu guru-
guru, murid dan semua pengguna secara meluas.
Penarafan bahagian C ini melibatkan kriteria-kriteria berikut:
C1: Bahan Cetak
C2: Bahan Bukan Cetak
C3: Peralatan Elektronik
Dalam bahagian ini, markah penuh penarafannya adalah sebanyak 25%. Rumusan
pembahagian markah penarafan bagi bahagian ini ditunjukkan dalam jadual dibawah:
PERATUSAN JUMLAH
SEKOLAH
1-7% 0
8-14% 0
15-25% 28
Kesimpulannya, didapati bahawa kesemua sekolah di bawah zon PKG Telok Gadong mendapat
markah antara 15-25%.
Ini membuktikan bahawa kesemua sekolah ahli zon PKG Telok Gadong mampu menyediakan
kemudahan peralatan yang bersesuaian. Namun begitu, dalam bahagian ini, dapat dilihat
bahawa GPM tiada masalah dari sudut pengurusan bahan dan peralatan ini. Tetapi dari segi
pelaksanaan dan penggunaan bahan dilihat kurang efektif penggunaannya di PSS.
Melalui verifikasi yang dilakukan oleh pihak PKG, mendapati bahawa kebanyakan PSS tidak
membuat sebarang rekod penggunaan pada peralatan dan bahan yang ada di Pusat Sumber
Sekolah. Ini menyebabkan markah pada bahagian Pelaksanaan dan Penggunaan lebih sedikit
berbanding markah pada bahagian Pengurusan.