Page 18 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 18
LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Sekolah (PSS) di bawah zon PKG Telok Gadong ada sebanyak 28 buah. 19 buah
PSS adalah dari sekolah rendah dan 9 lagi adalah sekolah menengah. 1 daripada 19 buah
sekolah rendah adalah merupakan PSS kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Manakala 1
daripada 9 sekolah menengah adalah merupakan Kolej Vokasional. Kesemua PSS ini berada
dalam kawasan sekolah kategori bandar. Berikut adalah lokasi sekolah mengikut jenis sekolah
yang terdapat di bawah zon PKG Telok Gadong.
PENARAFAN PSS PERTAMA
Sehingga 25 Mei 2017, sebanyak 28 buah sekolah ahli zon PKG Telok Gadong telah berjaya
ditarafkan dengan menggunakan Instrumen PSS Cemerlang ini. Status terperinci penarafan
secara kendiri ini adalah seperti berikut:
BIL GRED JUMLAH
1 E 0
2 D 0
3 C 1
4 B 15
5 A 13
JUMLAH 28
Bermula bulan Ogos sehingga September 2017, PKG Telok Gadong telah sekali lagi
meminta GPM untuk membuat penarafan PSS dan pada kali ini dengan menggunakan Instrumen
PSS Cemerlang edisi 2017. Berbeza dengan penarafan yang pertama yang memerlukan GPM
membuat penarafan kendiri dengan menggunakan Instrumen PSS Cemerlang edisi 2016.