Page 16 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 16
Khidmat Bantu PSS zon PKG Telok Gadong bagi tahun 2017 ini melibatkan 3 buah
sekolah iaitu SK Methodist ACS, SMK Bukit Tinggi dan SK Telok Gadong. Pelaksanaan khidmat
bantu PSS bagi setiap sekolah adalah selama dua hari. Dimulakan dengan khidmat bantu SK
Methodist ACS yang telah dilaksanakan pada 4 dan 5 Julai 2017, diikuti dengan SMK Bukit
Tinggi yang telah berjalan pada 11 dan 12 Julai 2017 dan akhir sekali SK Telok Gadong iaitu
pada 23 dan 24 Oktober 2017.
Kriteria pemilihan tiga buah sekolah ini diambil daripada penilaian yang dibuat semasa
pemantauan yang dibuat oleh pihak PKG ke sekolah-sekolah tersebut. Berikut adalah perbezaan
markah berdasarkan Pra Penilaian dan Post Penilaian bagi ketiga-tiga sekolah berikut:
Perbandingan markah penuh bagi kesemua bahagian utk setiap sekolah yang terlibat
dengan khidmat bantu PSS ini adalah seperti berikut:
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pengurusan PSS ketiga-tiga sekolah
ini selepas diberikan khidmat bantu dilihat semakin meningkat. Ini membuktikan bahawa khidmat
bantu PSS yang telah dilaksanakan telah berjaya membantu PSS kitiga-tiga sekolah ini dan
menjadi harapan PKG Telok Gadong agar sekolah-sekolah ini dapat meningkatkan lagi
kemahiran dalam pengurusan PSS seterusnya dapat menjadi penanda aras kepada sekolah-
sekolah yang lain.