Page 15 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 15

KHIDMAT BANTU PSS














         LATAR BELAKANG


                 Pusat  Kegiatan  Guru  (PKG)  Telok  Gadong  bertanggungjawab  memastikan
                 pembangunan Pusat Sumber Sekolah Zon PKG Telok Gadong sama ada dari segi fizikal

                 mahupun bukan fizikal terutama penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam menyokong
                 pembelajaran dan pengajaran, perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

                        1.   Dalam membuat perancangan pembangunan Pusat Sumber Sekolah, PKG

                             Telok Gadong perlu mendapatkan maklumat dan maklum balas dari sekolah-
                             sekolah  ahli.  Maklumat  dan  maklum  balas  dari  sekolah-sekolah  ahli  akan
                             membantu  perancangan  yang  dibuat  oleh  PKG  Telok  Gadong  akan  dapat

                             dilaksanakan secara lebih berkesan.

                        2.   Oleh yang demikian, PKG Telok Gadong perlu mengadakan Program khas

                             untuk  mendapatkan  maklumat  dan  maklum  balas  secara  langsung  dan
                             menyeluruh dalam semua aspek pelaksanaan Pusat Sumber Sekolah. Salah

                             satu Program khas yang dijalankan ialah Program Khidmat Bantu PSS.



         OBJEKTIF

                 PKG  Telok  Gadong  bercadang  mengadakan  Program  ini  dengan  harapan  objektif-

                 objektif berikut tercapai:

                        1.     Meningkatkan  pengurusan  Pusat  Sumber  Sekolah  secara  keseluruhan
                               khususnya  dalam  pengurusan  bahan,  fizikal  (susun  atur  dan  keceriaan)

                               serta sistem pentadbiran.

                        2.     Meningkatkan  penggunaan  PSS  di  kalangan  guru  dan  pelajar  sejajar
                               dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.

                        3.     Meningkatkan  kadar  pembacaan  di  kalangan  pelajar  sekolah  selaras

                               dengan pelaksanaan dan hala tuju Program NILAM.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20