Page 36 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 36

4.  Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan
                  oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan di
                  dalam RPH.
               5.  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran  sebelum masuk ke kelas . Oleh itu
                  Rekod Rancangan Mengajar  mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdP mengikut SPSK MS
                  ISO 9001:2008 PK06.
               6.  RPH perlu disemak dan dihantar kepada Guru Besar/GPK pada setiap hari Khamis.
               7.  Semua guru hendaklah menghabiskan RPT mengikut tarikh yang berikut:
                    Tahun 1-5 – Oktober/November
                    Tahun 6 – Sebelum UPSR
               8.    Pendidikan Abad Ke 21 di mana kaedah pengajaran hendaklah kepada berpusatkan murid dan
                      menggunakan ABM/ICT yang disediakan, juga kualiti Pdp dipertingkatkan dengan guru
                      menguasai kaedah-kaedah terkini serta penyerapan unsur KBAT dan pengamalannya
                      dilaksanakan setiap masa melaluiperkembangan staf.


               7.0 JADUAL WAKTU

               1.  Jumlah  waktu  mengajar  setiap  mata  pelajaran  adalah  mengikut  ketetapan  Akta  Pendidikan
                  1996 .
               2.  Tambahan  waktu  setiap  mata  pelajaran  dibolehkan  mengikut  keperluan  sekolah  dengan
                  persetujuan mesyuarat kurikulum.
               3.  Pengagihan  mata  pelajaran,  keutamaan  diberi  kepada  guru  opsyen  dan  kepakaran  guru
                  (pemeriksa  kertas  peperiksaan  awam,  Penggubal  seoalan  peperiksaan  awam  dan  Guru
                  Cemerlang)
               4.  Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil10/1995.


               8.0 GURU GANTI

               1.  Mana-mana  guru  yang  bercuti/kursus/temuduga  perlu  memaklumkan  kepada  GPK
                  Pentadbiran.
               2.  Guru  yang  dipanggil  kursus  dengan  surat  panggilan  awal  digalakkan  menjual  waktu  kepada
                  guru-guru lain dengan membuat tawaran.
               3.  Mencari pengganti terlebih dahulu.
               4.  Menyediakan bahan untuk guru ganti.
               5.  Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada hari lain.
               6.  Penyediaan guru ganti disediakan dan direkodkan oleh GPK Pentadbiran.


               9.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

                  1.  Semua  program  kecemerlangan  akademik  yang  dirancang  oleh  JKKS  hendaklah
                      berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM.
                  2.  Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu dan
                      permasalahan murid yang telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD-
                      uP)
                  3.  Jawatankuasa  atau  pengurus  program  dikehendaki  menyediakan  kertas  cadangan
                      yang  relevan  dan  membuat  pelaporan  pelaksanaan  dan  impak  program  kepada
                      Jawatankuasa .
                  4.  Penglibatan  Unit  HEM,  Unit  Kokurikulum  dan  Guru  Bimbingan  adalah  wajib  bagi
                      penyelarasan program kecemerlangan akademik.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41