Page 38 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 38
11.6 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1. Semua Ketua Panitia perlu memastikan pelaksanaan PBS mengikut tempoh yang
ditetapkan.
2. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan prestasi murid dibawa bersama
untuk mengelak masalah di sekolah murid berkenaan.
11.7 HEADCOUNT
1. Semua guru mata pelajaran teras akan membantu dalam pengemaskinian Graf Prestasi
Diri bagi setiap murid dalam setiap ujian setara daerah.
2. Fail Perkembangan Murid digunakan semasa Hari Terbuka oleh guru-guru kelas untuk
menunjukan pencapaian murid-murid kepada ibubapa/penjaga murid.
12.0 PEMANTAUAN
12.1 PENCERAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Setiap PdP guru/murid di bilik darjah akan dicerap sekurang-kurangnya (2) kali setahun
menggunakan instrumen Standard 4 SKPMg2- Pdpc kecuali guru yang perlu diberi
pencerapan susulan.
2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/GPK mengikut jadual pemantauan yang
disediakan.
3. Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
dicerap.
4. Ketua Panitia digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing.
5. Semua Guru Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
12.2 PENGURUSAN PANITIA
1. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil
4/1986.
2. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti SPK ISO MS 9001/2008.
3. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU
Kurikulum.
4. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua
minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan
diselia oleh ketua panitia.
5. Ketua Panitia bertanggung jawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.
6. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG)
panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu
mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku audit
berteguran.
7. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat
panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-
masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang
dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit
mesyuarat yang telah dihadirinya.