Page 39 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 39
12.3 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
1. Guru Penolong Kanan akan sepenuhnya bertanggungjawab membantu Guru Besar
dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
2. Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran sekolah dibentuk seperti dalam Senarai Tugas
Tahunan.
12.4 BILIK-BILIK KHAS
1. Semua bilik khas mestilah diuruskan dengan sempurna oleh guru yang telah dilantik
menyelaraskan bilik tersebut.
2. Rekod penggunaan, peraturan dan jawatankuasa mesti diwuudkan.
3. Keselamatan murid, bahan dan peralatan mesti diutamakan.
12.5 PENYELIAAN BUKU LATIHAN MURID
1. Tugasan murid akan diselia oleh pihak Pentadbir dua kali setahun bagi memastikan
penyemakan diakukan secara konstruktif.
2. Semua guru akan menyerahkan semua buku tulis atau buku aktiviti dari setiap mata
pelajaran yang diajar untuk semakan Guru Penolong Kanan dan Guru Besar.
3. Rekod penyeliaan buku kerja murid diisi dan difailkan.
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
2. Setiap panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu
mengajar kepada Pembantu Tadbir menggunakan borang nota minta.
3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi Tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
1. Buku Teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
2. Keselamatan dan keadaan buku teks perlu diselia (2) kali setahun.
3. PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu Pdp bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program Nilam.
4. Masuk ke PSS bagi tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
5. Program Nilam PSS diselia oleh guru-guru bahasa.
6. Penyemakan Buku Nilam dilakukan (3) kali setahun oleh guru bahasa.
7. Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Penyelaras PSS.
8. Buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
15.0 PERKEMBANGAN STAF
15.1 KURSUS DALAMAN
1. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya.
2. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau
sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
3. Kursus dalaman akan dianjurkan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar/GPK
apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
4. Bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru.