Page 37 - BUKU PENGURUSAN SKG 2019
P. 37
10.0 KAJIAN TINDAKAN
1. Semua guru diwajibkan membuat kajian tindakan setiap tahun mengikut saranan JPNJ 1
guru 1 kajian tindakan.
2. Kajian Tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
11.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
1. Ujian/Pentaksiran Bulanan Peringkat Sekolah (3) kali setahun (Bulan Mac, Julai dan
September.
2. Peperiksaan/Pentaksiran Setengah Tahun (1) kali setahun (Bulan Mei)
3. Peperiksaan/Pentaksiran Akhir Tahun (1) kali setahun (Bulan Oktober)
4. Kedudukan murid dalam kelas ditentukan melalui SAPS berdasarkan peratus untuk murid
Thp 2.
5. Tiada peperiksaan bagi murid Tahap 1 hanya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6. Kedudukan murid dalam kelas ditentukan melalui SAPS berdasarkan gred bagi murid
Tahun 6, dan peratus hanya untuk Peperiksaan Akhir Tahun.
11.1 PENYEDIAAN KERTAS UJIAN BULANAN
1. Disediakan oleh guru mata pelajaran yang mengajar mengikut format Majlis Guru
Besar.
2. Diserahkan kepada Ketua Panitia untuk semakan dalam tempoh (2) minggu sebelum
kertas ujian diperbanyakkan, hanya setelah disemak dan disahkan, kertas ujian
diperbanyakkan.
11.2 JADUAL PENGAWASAN
1. Ujian dilaksanakan serentak mengikut jadual yang ditetapkan oleh PPD Tangkak/JPNJ.
2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi guru.
11.3 REKOD MARKAH DAN PENTAKSIRAN
1. Markah ujian/peperiksaan dan pentaksiran dimasukkan ke dalam Sistem SAPS.
2. Keputusan peperiksaan murid perlu disiapkan dalam tempoh seminggu, kemudian
diserahkan dan ditandatangani oleh ibubapa/penjaga.
11.4 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
1. Semua penyedia soalan ujian bulanan/peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang logik untuk murid cemerlang.
2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
3. Bagi soalan objektif analisis item mesti disediakan setiap kali selepas
ujian/peperiksaan.
4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia/ GPK Pentadbiran sebelum
diperbanyakkan.
11.5 POST-MORTEM PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN
1. Post-mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan UPSR
dan Ujian Setara Daerah dikeluarkan.
2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu.
3. Setiap guru ada fail prestasi murid untuk diambil tindakan sewajarnya.
4. Maklumat terperinci murid perlu disalurkan kepada GPK HEM dan Guru Bimbingan
untuk tindakan.