Page 15 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 15

Pentadbiran negara menjadi lemah dan kurang berkesan - negara tidak maju

               2. Cara-cara kerajaan menangani rasuah
                               Megetatkan undang-undang contohnya hukuman penjara / saman / kompauan /
                          denda wang
                         Menggubal   undang-undang   dengan   menetapkan   hukuman   berat   terhadap
                          pemberi dan penerima rasuah seperti merampas harta mereka
                         Menguatkuasakan hukuman yang berat seperti melucutkan jawatan individu yang
                          didapati bersalah mengamalkan rasuah.
                         Mengadakan   kempen   kesedaran   kepada   masyarakat   tentang   kepentingan
                          menjauhi rasuah seperti ceramah/seminar/dialog
                               Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah
                               Memberikan pendidikan pencegahan rasuah seperti taklimat anti rasuah

               3. Ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah
                               Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil
                               Menolak rasuah
                               Sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur
                               Menyimpan rahsia
                               Menunaikan janji

               4.  Kepentingan sikap amanah dalam kalangan:
                   a.  Pegawai Kerajaan
                      - imej organisasi/badan kerajaan terpelihara
                      - tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan
                      - dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan

                   b.  Ahli politik
                      - mendapat kepercayaan daripada masyarakat
                      -   dapat   menjamin   keadilan   dan   ketelusan   dalam   melaksanakan   tugas/projek
                   pembangunan

                   c.  Pelajar
                     - melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab
                     - mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan

               5.  Maksud slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah'( BCA) yang diamalkan dalam pentadbiran
               kerajaan
                   a. Bersih
                     - tidak menyeleweng, tidak rasuah, tidak mementingkan diri sendiri dan tidak khianat
                   b. Cekap
                      - mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerjaya
                   c. Amanah
                     - penuh gigih dan ikhlas serta jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi

               6.  Peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
                  - sebuah institusi yang bertanggungjawab khusus untuk mencegah perbuatan  rasuah

               7.  Akta yang digunakan untuk menangani rasuah
                   - Akta Pencegahan Rasuah 1997









                                                                                                       15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20