Page 19 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 19
Membolehkan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan lancar – ekonimi negara
berkembang maju
2. Kesan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam masyarakat Malaysia.
Negara huru hara – negara tidak maju
Wujud prasangka/ buruk sangka antara kaum – Pergaduhan/perbalahan antara kaum
berlaku
Keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas – tiada perpaduan dalam negara
3. Matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK )
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
4. Contoh aktiviti yang dapat meningkatkan sikap toleransi antara kaum.
Rumah terbuka
Sukan/sukaneka
Jamuan muhibbah
Sambutan hari kemerdekaan
Permainan tradisional seperti congkak
Sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri/ Deepavali dll
5. Kaum pribumi di:…
a. Sabah
- Murut
- Bajau
- Kadazan
- Dusun
b. Sarawak
- Iban
- Bidayuh
- Melanau
- Penan
- Kelabit
6. Sikap yang ada pada masyarakat majmuk Malaysia untuk menjamin kehidupan
yang aman dan harmoni.
sikap bertolak ansur antara satu sama lain
saling memahami cara hidup antara kaum
saling menghormati adat resam kaum lain
Menerima perbezaan adat dan budaya
7. Contoh yang menunjukkan masyarakat bersatu padu
kehidupan yang aman, damai dan harmoni
kestabilan politik dalam negara
pertumbuhan ekonomi yang mantap
kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa
19