Page 23 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 23

b.  Tiada wang untuk membayar yuran peperiksaan SPM
                             beritahu guru tentang masalah sebenar
                             memohon bantuan daripada badan kebajikan

                  c.  Pujukan kawan untuk lari dari rumah
                             menolak pujukan kawan
                             memberitahu  guru untuk mendapatkan nasihat

               4.  Kesan perbuatan remaja lari dari rumah terhadap :
                  a.  diri remaja
                             Mejejaskan nama baik diri – diri mendapat malu
                             tiada sumber kewangan – hidup susah
                             keselamatan tergugat – nyawa terancam
                  b. keluarga remaja
                             menjatuhkan maruah keluarga- keluarga malu
                             ibu bapa bimbang – risau keselamatan anak

               5.  Kesan tidak menyelesaikan masalah melalui rundingan  terhadap :

                  a.  Negara
                           keselamatan negara terdedah kepada ancaman luar - negara huru-hara
                  b.  Institusi keluarga
                           berlaku perpecahan keluarga – contohnya  penceraian dan penderaan anak
                           wujud perselisihan antara anggota keluarga-hubungan kekeluargaan renggang
                  c.  Sosial
                           keruntuhan akhlak remaja contonya remaja lari dari rumah – tiada pewaris negara
                      yang berkaliber
                  d.  Ekonomi
                           pelabur kurang yakin- ekonomi tidak stabil - rakyat hilang pekerjaan

               6.    Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak mendera kanak-kanak( punca /
               sebab penderaan) kerana:
                           Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat/dekat dengan anak- banyak masa
                      diluangkan bersama anak
                           tekanan emosi - melepas geram pada anak-anak
                           kemiskinan- kesempitan wang
                           masalah keluarga - pergaduhan antara suami isteri
                           kerenah anak-anak yang nakal – dipukul sehingga tercedera

               7.  Usaha-usaha (langkah-langkah) bagi mengatasi masalah penderaan/ yang boleh
               diambil bagi menyedarkan  ibu bapa dan masyarakat bahawa mereka sepatutnya
               menjadi pelindung kanak-kanak.
                            menguatkuasakan undang-undang - dakwa di mahkamah
                            mengenakan hukuman yang lebih berat- hukuman rotan
                            menganjurkan kempen kesedaran- ceramah, seminar
                     menganjurkan kursus keibubapaan- memberi maklumat tentang peranan yang harus
                     dimainkan oleh ibu bapa

               8  Kesan-kesan penganiayaan terhadap diri kanak-kanak
                             perkembangan emosi kanak-kanak terjejas - tumbesaran terbantut
                             kanak-kanak menjadi tidak normal – emosi terganggu
                             tiada keyakinan diri - menjadi pendiam



                                                                                                       23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28