Page 21 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 21
7. Bukti negara kita sudah mampu hidup berdikari
pembedahan ”telinga bionik” di UKM
pelancaran satelit ”MEASAT”
teknologi pertanian – mencipta kaedah kacukan tanaman
8. Dua orang wira negara yang berjaya mendaki Gunung Everest
M. Magendren
N. Mohandas
Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin
Ahmad Reduan Rozali
1.8 KERAJINAN
1. Ciri-ciri seorang pelajar yang rajin.
Cekal menghadapi cabaran
Gigih menghadapi rintangan/dugaan
Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai kejayaan
2. Contoh sikap kerajinan yang diamalkan dalam masyarakat Jepun.
Rajin bekerja
Rajin berbincang
Rajin mencipta sesuatu yang baru/berinovasi
Rajin belajar terutamanya mata pelajaran Sains
3. Contoh-contoh binaan silam yang menakjubkan di dunia
Tembok Besar Negeri China
Taj Mahal di India
Piramid di Mesir
4. Contoh yang menunjukkan masyarakat kini lebih rajin
Wujudnya lebih ramai hartawan /jutawan
Lahirnya pelbagai reka cipta baru ( komputer)
Lebih banyak bidang diterokai (angkasa lepas)
Lebih banyak kejayaan dicapai ( pendidikan / sukan)
5. Cara anda menunjukkan sikap rajin sebagai:
a. Anak
- membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
b. Pelajar
- banyak membaca dan membuat latihan yang diberi guru
6. Peribahasa yang manggambarkan nilai kerajinan
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
1.9 KASIHSAYANG
- Rujuk Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga
1.10 KEADILAN
21