Page 16 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 16
8. Tujuan BCA ialah pekerja memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan
melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan
amanah.
9. BCA dalam sistem pentadbiran awam:
- Manual prosedur kerja
- Kad perakam waktu
- Pemakaian tanda nama
- Anugerah khidmat cemerlang
1.3 HARGA DIRI
1. Maksud maruah diri:
Kehormatan diri yang perlu kita pelihara.
2. Contoh gejala-gejala sosial yang menjejaskan maruah diri :
Melepak, Ponteng, Merokok, Perlumbaan haram, Penagihan dadah, Pergaulan
bebas, Pembuangan bayi
3. Kesan-kesan buruk gejala sosial terhadap remaja:
Maruah diri/imej/nama baik terjejas/dipandang serong/hina oleh masyarakat
Menjejaskan pelajaran – tidak mementingkan pelajaran/tidak menumpukan perhatian
terhadap pelajaraan
Ditangkap polis - masa depan gelap
Maruah keluarga tergadai/tercemar/terjejas - keluarga mendapat malu
4. Cara-cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sumbang/
gejala negatif:
Mematuhi/akur dengan peraturan – tidak melanggar peraturan/ undang-undang
Menuruti nasihat ibu bapa dan guru - belajar bersungguh-sungguh
Mempunyai pegangan agama yang kukuh/iman yang kuat/mengamalkan ajaran
agama – tidak mudah terjebak dengan perkara tidak baik
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya membaca, bersukan
5. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi.
penyabar
pemaaf
menunaikan janji
yakin kepada diri sendiri
tenang menghadapi masalah
tidak menyakitkan hati orang lain
6. Cara seseorang / individu menjaga harga diri
Beriman- patuhi ajaran agama
Berkelakukan sopan contohnya berpakaian sopan
Bertutur secara sopan contohnya tidak bercakap kasar
Pandai pilih rakan yang berakhlak mulia - bergaul dengan orang yang bermoral tinggi
Berupaya katakan tidak pada ajakan negatif seperti penyalahgunaan dadah.
7. Kebaikan menjaga harga diri/maruah diri.
dihormati dan disanjungi oleh orang ramai/ masyarakat
tidak mudah terpengaruh dengan amalan/gejala negatif
mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dan berterusan
16