Page 20 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 20

8.  Jadual perayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia

                           Majlis           Agama                           Tujuan
                     Sambutan Maulidur  Islam          Memperingati hari kelahiran Nabi Muhamad s.a.w
                     Rasul
                     Perayaan Vasaki      Sikh         Menandakan Pertubuhan Khalsa oleh Guru
                                                       Gobind Singh
                     Good Friday          Kristian     Tanda memperingati penyaliban Nabi Isa kerana
                                                       menebus dosa umat manusia
                     Perayaan Ponggal     Hindu        Tanda kesyukuran atas nikmat Tuhan
                     Hari Wesak           Buddha       Melambangkan kelahiran, pencerahan agung dan
                                                       kewafatan Gautama Buddha

               1.7 BERDIKARI

                1. Contoh amalan berdikari dalam kehidupan.
                          Mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan
                          Mengemaskan bilik tidur setiap hari
                          Bekerja sambilan pada masa cuti

               2. Kesan pergantungan bantuan kewangan daripada negara lain untuk memajukan
               negara, terhadap:
                  a) Rakyat
                                 Terpaksa menanggung beban hutang
                                 Membayar faedah wang yang tinggi
                  b) Masyarakat
                                Hilang rasa bangga terhadap negara
                                Berasa tidak puas hati dengan kerajaan
                  c) Negara
                                Dipandang rendah oleh dunia luar
                                Hilang keyakinan para pelabur terhadap negara

               3. Sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin.
                            Keupayaan untuk menyelesaikan masalah
                            Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
                            Cekap dan cepat bertindak untuk menangani masalah
                            Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah

                4. Peranan seorang wakil rakyat terhadap masyarakat.
                            Menjaga kebajikan rakyat
                            Menyelesaikan masalah rakyat
                            Memajukan ekonomi masyarakat setempat

               5.  Kepentingan amalan berdikari bagi :
                   a.  pelajar
                      - dapat usaha sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan
                   b.  pekerja
                      - dapat meningkatkan produktiviti syarikat

               6.  Ciri-ciri orang yang mempunyai nilai berdikari
                             berusaha  sendiri
                             tidak bergantung kepada orang lain
                             menghadapi masalah / rintangan  dengan positif dan tabah hati



                                                                                                       20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25