Page 36 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 36

10. Aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar
                             perindustrian – pelepasan sisa toksik
                             pertanian – penggunaan baja dan racun
                             perlombongan – kawasan lombong terbiar

               11.  Kesan-kesan pencemaran alam sekitar
                             hidupan akuatik terjejas
                             bekalan air bersih berkurangan
                             menyebabkan penyakit
                             udara menjadi tercemar

               12. Kesan pembukaan tanah untuk aktiviti  pertanian yang  tidak terancang
                             hakisan tanah / tanah runtuh
                             banjir kilat
                             kepupusan spesis tumbuhan tertentu



               3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR

               1. Contoh tindakan manusia yang membawa kerosakan serius terhadap alam sekitar
                             Peperangan yang melibatkan senjata nuklear
                             Tumpahan minyak di kawasan perairan
                             Pembebasan zarah radioaktif  ke atmosfera

               2. Maksud 'Konsep Pembangunan Mapan'
                      Pembangunan  seimbang yang memenuhi  kehendak  generasi  masa kini  tanpa
                       mengorbankan keperluan  generasi akan datang

                3. Amalan kitar semula merupakan satu usaha penggunaan sumber yang terancang
                a) Kebaikan amalan kitar semula.
                             Mengurangkan penggunaan  sumber
                             Menjimatkan  kos

               b) Contoh amalan kitar semula di rumah
                             Menggunakan air  basuhan untuk menyiram pokok
                             Menggunakan beg plastik dari pasar raya untuk  membungkus sampah

               4. Kesan sumber tenaga air dan hutan tidak digunakan secara terancang
                             Sumber akan berkurangan dengan cepat
                             Suhu akan meningkat
                             Ekosistem terganggu

               5.  Peranan Jabatan Alam Sekitar (JAS):
                             menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar dan Zon Ekonomi Ekslusif
                             memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan

               6.  Nilai yang ada pada agensi  kerajaan yang bertanggungjawab dalam rancangan
                  penanaman semula hutan:
                             menyayangi dan menghargai alam sekitar
                             kemapanan alam sekitar
                             Peka terhadap isu-isu alam sekitar
                             Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
                             Rasional



                                                                                                       36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41