Page 41 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 41

BIDANG 5 - NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

                5.1  MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK

                1. Sebab-sebab kanak-kanak perlu diberi perlindungan
                             Kanak-kanak ialah aset negara
                             Kanak-kanak  golongan yang tidak berdosa
                             Kanak-kanak golongan yang lemah

                2. Peranan pihak-pihak berikut dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak
                  a) Kerajaan
                             Menguatkuasa akta untuk perlindungan kanak-kanak

                  b) Badan Bukan Kerajaan (NGO)
                             Menganjur seminar untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat

                  c) Individu/masyarakat
                      Membuat laporan  kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes
                       penderaan

                3. Peranan ahli masyarakat dalam membendung kes penderaan kanak-kanak
                             Memberi bantuan segera kepada mangsa
                             Membuat laporan kepada pihak berkuasa

               4. Senarai hak kanak-kanak yang perlu dilindungi
                             Mendapat pendidikan
                             Mempunyai nama dan kewarganegaraan
                             Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan
                             Mendapat perlindungan ,peluang dan kemudahan istimewa

               5.  Hak kanak-kanak
                             hak mendapatkan keperluan  asas, cth : makanan, tempat   tinggal
                             hak mendapatkan pendidikan, cth : persekolahan
                      hak mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, cth: mendapat rawatan ketika
                       sakit
                             hak membolehkan penyertaan, cth: pergaulan sosial

               6.  Bentuk pengiktirafan terhadap kanak-kanak
                             pengiktirafan secara lisan, cth: melalui pujian, kata-kata motivasi
                             pengiktirafan secara bertulis, cth: melalui pemberian sijil
                             pengiktirafan secara kebendaan, cth: hadiah, wang ringgit

               7.  Kebaikan memberi pengiktirafan terhadap bakat dan potensi kanak-kanak
                      menjadi satu bentuk motivasi agar mereka dapat berusaha mencapai  kejayaan
                       dalam  bidang yang diceburi
                      kanak-kanak lain meneladani  penerima anugerah yang diiktiraf agar mereka juga
                       berupaya mencapai kejayaan sedemikian.
                      sebagai satu ruang dan peluang kepada kanak-kanak agar dapat mengasah bakat
                       masing-masing / menampilkan imej positif.
                      dapat membentuk pemikiran yang matang agar menjadi individu yang lebih
                       berketrampilan







                                                                                                       41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46