Page 44 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 44

Peluang untuk menyertai acara sukan di peringkat antarabangsa (Paralimpik)

                3. Cara-cara untuk mengiktiraf golongan ini
                      Menyediakan kemudahan asas yang sesuai, contoh tempat pakir kereta/ tempat
                       duduk dalam pengangkutan awam (bas)
                      Memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha  pencapaian mereka dalam semua
                       bidang, contoh memberi elaun

               4.   Tokoh OKU
                             J.M Aziz ( Penyair tanah air)
                             Ismail Mohd.Salleh ( ahli akademik )
                             Hellen Keller ( aktivis kurang upaya )
                             Ahmad Amil Usin ( atlet paralimpik )
                             Mohd.Hisham Khairani ( atlet paralimpik )
                             V.Jayan Subramaniam ( atlet paralimpik )
                             Ibrahim Majid ( atlet paralimpik )
                             Lee Sheng Chow ( atlet paralimpik )

               5.  Cara masyarakat mengiktiraf OKU
                             Menjaga kebajikan mereka.
                             Menyediakan kemudahan untuk mereka.
                      Menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi
                       sumbangan kepada ekonomi negara.
                      Memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam
                       bidang yang diminati.

               7.  Kemudahan yang disediakan kerajaan kepada OKU:
                             kemudahan tandas
                             kemudahan tempat meletak kereta
                             pengubahsuaian pejabat  untuk pekerja kurang upaya
                             kemudahan pendidikan melalui sekolah khas

               8.  Sebab masyarakat perlu menghormati OKU
                             supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti  manusia normal.
                             supaya mereka tidak tersisih daripada masyarakat.
                             supaya mereka mendapat layanan yang adil dan saksama.
                             supaya mereka boleh hidup berdikari / tidak bergantung kepada orang lain.

               5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA

                1. Agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang melindungi hak pengguna.
                             Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP)
                             Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA)
                             Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN)
                             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

               2. Hak-hak asasi pengguna
                             Hak untuk memilih
                             Hak untuk mendapat maklumat
                             Hak untuk mendapat ganti rugi
                             Hak untuk mendapat keselamatan

               3. Kesan-kesan sekiranya hak pengguna di negara kita diabaikan:



                                                                                                       44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49