Page 40 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 40
4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA
1. Cara individu mengharumkan nama Negara
Mewakili negara dalam aktiviti sukan di peringkat antarabangsa
Menyertai program pertukaran pelajar antara negara
Menyertai aktiviti mencabar seperti mendaki gunung tertinggi di dunia.
2. Contoh individu yang mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.
Dr. Sheikh Muzaffar Shukor– angkasawan
Jimmy Choo - Pereka kasut
Azahar Mansor - Belayar Solo
Abd. Malik Mydin – Berenang merentasi Selat Inggeris
Toi See Zang ( Zang Toi ) – Pereka Fesyen
Husaini Omar – Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa
3. Kesan pengiktirafan jasa individu kepada negara.
Bangga dan bersemangat tinggi
Memberi dorongan kepada pelajar lain
4. Tiga bentuk cabaran terhadap negara yang memerlukan pengorbanan rakyat:
Cabaran globalisasi
Kemelesetan ekonomi
Campur tangan kuasa luar
5. Cara rakyat berkorban untuk negara:
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pebagai bidang
Mempertahankan sistem sosial dan budaya kita daripada ancaman budaya asing
Menyumbang khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan
6. Langkah-langkah rakyat ketika ekonomi meleset:
Berjimat cermat dalam perbelanjaan
Menyokong kempen ”Belilah Barangan Buatan Malaysia”
Melancong dalam negara
40