Page 43 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 43
Datuk Nicole David ( sukan-Squash )
Datuk Siti Norhaliza ( seni suara / penyanyi )
Dato Michelle Yeoh ( Pelakon )
5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA
1. Akta Kerja 1955 bertujuan untuk
Memberi pelindungan kepada pekerja
Memastikan tiada kontrak pekerjaan yang tidak mengikut peruntukan di bawah akta ini
ditandatangani
2. Perlindungan-perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955
Pembayaran gaji
Hari rehat
Tempoh jam bekerja
Cuti Tahunan
3. Hak-hak pekerja perlu dilindungi kerana:
Memastikan pekerja tidak ditindas oleh majikan
Memastikan kebajikan pekerja dipelihara
4. Peranan Mahkamah Perusahaan:
Menyelesaikan pertikaian antara majikan dan pekerja
Melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan
5. Peranan Kesatuan Sekerja
Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak
berpuas hati tentang majikan
Menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan
majikan mereka.
Merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak
berjaya.
6. Pertubuhan Antarabangsa
Pertubuhan Buruh Antarabangsa ( ILO )
7. Cara menghindarkan rasa tidak puas hati antara pekerja dengan majikan:
Bersemuka, berunding dan berbincang sekiranya terdapat masalah.
Pekerja harus melaksanakan tugasnya dengan baik.
Majikan perlu mengambil berat akan kebajikan pekerja dan memahami masalah
yang dihadapi oleh pekerja.
Saling memahami antara pekerja dengan majikan.
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA
1. Sikap yang patut ditunjukkan oleh ahli masyarakat terhadap golongan orang
kurang berupaya.
Memberi layanan yang sama rata
Membantu mendapatkan pekerjaan
2. Peluang-peluang yang diberi oleh kerajaan kepada golongan OKU.
Peluang mengikuti kursus kemahiran
Peluang untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam
43