Page 22 - SPANM Demo
P. 22
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN A: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN
(2) Pegawai di AO yang menjalankan tugas semakan, Peraku I dan Peraku II hendaklah terdiri daripada pegawai yang berlainan bagi mewujudkan pengasingan tugas.
3.1.2 Peranan membuat semakan ke atas pembayaran seperti berikut:
(1) AO hendaklah membuat semakan bagi memastikan maklumat di dalam Pesanan Kerajaan dan Baucar adalah lengkap; dan
(2) AO hendaklah memastikan dana mencukupi untuk membuat bayaran.
3.1.3 Peranan Khidmat Perundingan
Memberikan khidmat perundingan dan pemudahcara bagi pertanyaan/
aduan/ cadangan dari pelanggan AO berkaitan:
(1) Prosedur perakaunan dan kewangan;
(2) iGFMAS Service Desk; dan
(3) Mewujudkan Data Induk Pembekal melalui Sistem eVendor secara Offline yang membolehkan AO mendaftarkan maklumat asas permohonan penerima bayaran [tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia/ eP/ eBantuan/ Human Capital Management (HCM)].
3.2 Melaksanakan pengurusan bayaran seperti berikut:
3.2.1 Bayaran melalui EFT hendaklah diutamakan. Panduan Proses Pembayaran Secara EFT dalam iGFMAS rujuk MPK AP 14: Proses Pembayaran.
3.2.2 Bayaran Melalui Cek/ Deraf Bank dan TT
(1) Bagi bayaran melalui cek, satu (1) daftar kawalan cek hendaklah diselenggara untuk mengesahkan pengambilan cek oleh pegawai yang diberi kuasa seperti di Borang Kuasa Tetap AK52.
(2) Bagi bayaran Melalui Draf Bank dan Pindahan TT, pegawai yang menerima Penetapan Kuasa dan Tugas daripada Pegawai Pegawai untuk memuat naik senarai EFT ke TT hendaklah berlainan dengan pegawai yang menyemak dan melulus pindahan Fail TT ke bank.
3.3 Memastikan Baucar Jurnal disediakan untuk melaraskan transaksi perakaunan. 19