Page 146 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 146
Dalam masa yang sama juga sukar membuka hati untuk menghargai
orang yang berbuat baik dengan saya. Control cun la gayanya masa
tu hehehe. Setiap kebaikkan orang saya hanya anggap seperti biasa
dan ia berlalu begitu sahaja.
Sehingga lama kelamaan, tanpa saya sedari kemarahan-kemarahan
ini berbuku dan tersimpan lama yang terakhirnya membawa kepada
sakit zikal yang membahayakan.
Kemudian ketika saya mula belajar tentang penyembuhan emosi dan
psikologi, barulah saya mengetahui bahawa meyimpan halhal yang
meyakitkan ini adalah punca keada sakit-sakit di tubuh kita.
Sebab itu se awal usia saya dua puluhan saya sudah menyimpan
semua kemarahan ini, ketika itulah saya menyedari bahawa sayalah
yang telah menzalimi diri saya sendiri. Maafkan aku Ya Allah!
Sebab orang yang berbuat salah itu bukan cerminan diri kita tetapi
cerminan dirinya. Dan cerminan diri kita ialah bagaimana kita
bereaksi dengan perbuatan. Adakah marah atau penuh pengertian?
129