Page 161 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 161
“Pertama, jaga an rawat baik-baik sumber rezekimu yakni; keluarga,
kesihatan, pekerjaan, kepercayaan dan semangatmu... Ya...
kesemuanya itu adalah pintu bagi sumber rezekimu.
Kedua, kenali ukurn bebanmu. Jika sumber rezekimy hanya cukup
untuk satu kolam, jangan menambahkan beban dengan menggali
lubang- lubang kebocorab pada kolammu sendiri. Lubang
kebocorab itu seperti berupa hutang dan kredit yang berlebihan..
atau boleh jaga berupa ketagihan terhadap dosa yang mengiringkan
aliran sumber rezeki dari Tuhan.
Kerana itu harus segara ‘stop’ semua kebocoran itu.
Ketiga, dekatlah diri dengan Sang Sumber dari segala sumber rezeki,
iaitu Allah sendiri. Hanya dekat Sang Sumber hidup itulah engkau
akan tenang. Sebab Allah berpesan:
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati
Menjadi tenang tenteram.”
(Surah Al-Ra’du: 28
144