Page 173 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 173
Mengapa ini terjadi?
Sebab saya tidak sedar, bahawa apa yang saya lihat pada orang lain
sebenarnya adalah cerminan dalam diri saya.Apa yang orang lain
buat yang saya tak suka dan marah sebenarnya hal tersebut juga ada
pada diri saya dan saya tak suka. Dan saya reject hal tersebut dalam
diri saya.
Sebagai contoh, saya marah bila suami saya degil tak nak dengar
cadangan saya untuk sesuatu hal bisnes, dia nak ikut cakap dia jer…
setiap kali hal ini terjadi, saya jadi marah dan geram sampai rasa tak
nak bekerja dengan suami saya lagi.Sebab saya rasa saya sentiasa
patuh dan dengar setiap cadangan dan kata suami saya dalam
urusan bisnes.Jadi saya marah bila suami degil tak nak dengar
cadangan saya.
Namun, bila saya izinkan diri saya untuk melihat ke dalam diri...
akhirnya saya menyedari bahawa kedegilan suami saya itu
sebenarnya hanyalah cermin pada kedegilan yang ada dalam diri
saya.Sebenarnya dalam diri saya ada kedegilan untuk menerima
pendapat orang lain juga, tapi saya suppressed / tolak ia dan saya tak
suka sifat degil saya ini.
156