Page 174 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 174
Sebab saya mahu menjadi orang yang mengalah, nak jadi orang baik
lah sangat...hehehe… mahu jadi ikhlas dan menerima semuanya.
Namun sebenarnya ‘kedegilan’ dalam diri saya ini memberontak dan
ingin didengari. Tetapi saya tolak dan suppress ia. Inilah sisi gelap
dalam diri saya atau ego yang saya tolak.
Hal yang semakin kita tolak ia akan menjadi semakin besar dan kuat,
dan ketika saya boleh menerima sisi gelap saya ini dengan memberi
cahaya kesedaran dengan memerhatikan ia, perlahan-lahan sisi
gelap ini hilang.Akhirnya, saya tidak lagi mahu sentiasa jadi baik, ada
masanya saya ‘embrace’ atau menerima kedegilan saya dengan
penuh kesedaran. Saya sampaikan pendapat saya yang berlainan
dengan cara yang lebih berhikmah.
Dan bila orang tidak menerima pandangan saya, saya sudah boleh
menerima kerana saya faham setiap orang ada pandangan
masing-masing.Tiada siapa yang salah, tiada siapa yang lebih betul.
Yang ada hanyalah kepelbagaian pandangan.
Inilah warna warni kehidupan.
157