Page 197 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 197

Sahabatku,

         Pada satu malam, ketika hujan sedang turun, seorang lelaki sedang


         menunggu bas di sebuah perhentian bas. Tidak lama selepas itu dia

         melihat ada seorang nenek tua turun dari sebuah bas dan berjalan


         sangat perlahan dan berdiri di sisinya. Setelah lama berdiam, pemuda

         tersebut menyapa nenek tua itu.





         “Makcik mahu kemana?”





         “Saya ingin ke Gombak nak”, jawab nenek tua itu.




         “Eh? Bas yang makcik naik tadi kan menuju Gombak. Kenapa makcik


         turun di sini?”, tanya pemuda itu.




         Setelah diam beberapa saat, nenek tersebut menjawab:





         “Nak, di dalam bas tadi ada seorang pemuda cacat. Tak seorang pun

         menawarkan tempat duduk kepadanya dan saya tahu yang dia akan


         merasa malu kalau seorang nenek tua seperti saya berdiri untuknya.

         Sebab tu saya berpura pura sudah sampai destinasi saya dan bangun


         berdiri.






















                                                          180
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202