Page 201 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 201

Sebab hanya dengan hati yang damai, kita boleh memberi maaf

         kepada diri sendiri dan orang lain. Sebab hanya dengan kesyukuran,


         kita boleh membahagiakan diri kita dan dapat membahagiakan

         orang lain.Sebab hanya dengan kasih sayang, kita mampu


         menyembuhkan diri dan orang di sekeliling kita. Inilah 3 pemberian

         yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat kita di saat ini.





         S. M. S (Sayang. Maaf. Syukur)





         Bayangkan setiap ahli keluarga kita, teamwork kita, pasangan kita,

         jiran kita, komuniti kita, mempunyai 3 karekter dan sentiasa

         memberikan SMS ini?





         Bagaimana agaknya  generasi anak-anak kita  kelak? Bayangkan

         dengan  siapa  anak  kita  bermain?  Dengan  teman  yang  pandai


         menghargai dan mensyukuri.




         Bayangkan dengan siapa anak kita belajar? Dengan guru yang penuh


         kasih sayang.





         Bayangkan dengan  siapa anak kita berumahtangga? Dengan

         pasangan yang sentiasa menerima dan memaafkan.



















                                                          184
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206