Page 203 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 203

Saya yakin sebagaimana impian saya, sahabat juga pasti mempunyai

         impian syurga dunia seperti ini. Sebab... bagaimana kita mahu dapat


         syurga di sana yang penuh dengan nikmat cinta dan kasih sayang,

         jika di dunia ini kita tak pernah merasakan kasih sayang?





                                                        ∞ ∞ ∞





         Sahabatku,

         Hari ini, dengan penuh kerendahan hati, saya mengajak diri saya dan


         sahabat semua untuk menjadi ‘Agen S.M.S’ di dalam keluarga kita, di

         kalangan rakan sekerja kita dan ketika bersama masyarakat kita.





         Berilah penghargaan dan terima kasih di setiap kesempatan. Kerana

         di setiap langkah kita sentiasa ada tangan-tangan yang memberi. Di

         saat orang terlalu mendahagakan penghargaan dan mahu menang,


         mengalahlah dan berilah kemenangan kepada mereka.  Ucapkanlah

         terima kasih kepada mereka. Sebab ucapan terima kasih adalah ubat

         yang paling menyembuhkan.

































                                                          186
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208