Page 206 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 206
kemahiran ini. Tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid ialah melalui pemerhatian, semakan buku latihan dan Ujian Pra. Hasil
tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan dalam penggunaan formula
untuk mencari nilai anu dalam pendaraban dan pembahagian, di samping tidak
dapat mendarab dan membahagi nombor dengan tepat. Setelah 3 fasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, analisis keberkesanan intervensi telah
dibuat dengan mengukur min skor perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos yang
terdiri daripada10 item yang mencari nilai anu yang melibatkan pendaraban dan
pembahagian dalam lingkungan 100. Analisis data menunjukkan peningkatan
penguasaan kemahiran murid menyelesaikan soalan sebanyak 49% di dalam Ujian
Pos. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keberkesanan ‘Unknown MULDIV Card’
yang berinovatif ini dapat membantu murid meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran dan minat serta motivasi mencari nilai anu yang melibatkan
pendarabandan pembahagian dalam lingkungan 100. “Unknown MULDIV Card”
ialah set bahan bantu belajar yang mudah dibuat oleh guru, menarik, murah,
mudah dibawa, tahan lama serta berkesan digunakan murid sama ada secara
individu atau berkumpulan. ‘Unknown MULDIV Card’ terdiri daripada 8 komponen
kecil yang mempunyai fungsi masing-masing.
Kata kunci: Nilai anu, matematik, pendaraban, pembahagian
KC25
BEESY RULER
SITI ZURAIDAH BINTI SULAIMAN
SK Kuala Abai
Peti Surat 156, 89158 Kota Belud, Sabah
nurdarahinwazie@gmail.com
Tujuan inovasi ini adalah untuk membantu murid-murid memahami konsep
menyambung nombor bagi operasi tambah dan tolak lingkungan 30. Tercetusnya
idea untuk mencipta alat inovasi iaitu BeeSy Ruler berdasarkan kepada isu
kepayahan dan kesusahan murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang
melibatkan nombor yang besar. Masalah utama ialah mereka tidak memahami dan
tidak menguasai kemahiran menyambung nombor walau dari mana-mana
kedudukan sedangkan ianya kemahiran yang sangat penting untuk topik ini.
Sebelum inovasi ini dijalankan, saya telah memberikan ujian tambah dan tolak
lingkungan 30 kepada 30 orang murid yang terdiri daripada murid Prasekolah,
Pemulihan, Pendidikan Khas, Tahap 1 dan Tahap 2. Berdasarkan kepada ujian
tersebut, saya dapati mereka tidak boleh menjawab semua soalan-soalan itu
dengan betul. Setelah menggunakan BeeSy Ruler, didapati bahawa mereka telah
berupaya untuk menjawab setiap soalan operasi tambah dan tolak dengan betul
kurang dari 2minit. Selain itu, secara tidak langsung mereka mampu membuat
pengiraan dengan mudah, cepat dan seronok. Istimewanya, inovasi ini
menggalakkan murid membina soalannya sendiri dan menyelesaikannya secara
kendiri atau self-learning. Bahan-bahan untuk menghasilkan BeeSy Ruler ialah
kotak, lidi, kad nombor, kertas sticker, straw dan kosnya hanya RM23.00.
Kesimpulannya, alat ini dengan jelas dapat membantu murid belajar konsep
menyambung nombor yang mana ianya kemahiran yang penting untuk sukatan
operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor yang besar.
202