Page 207 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 207
Kata kunci: BeeSy Ruler, operasi tambah dan tolak, Prasekolah, Pemulihan,
Pendidikan Khas
KC26
LYNX PUZZLE
1
NAZIMAH BINTI SYED NAZAR HUSSEIN SHAH , ABDUL MUHAMMAD MU’IZ
2
BIN ABD HAMID
SK Bagan Serai
Lorong Sekolah, 34300 Bagan Serai, Perak
2
1 nazimah2209@gmail.com, senduk.lulu@gmail.com
Lynx Puzzle merupakan Inovasi bahan bantu belajar yang dicipta bagi
meningkatkan tahap penguasaan murid bagi topik Mesin, meningkatkan minat
serta prestasi murid terhadap subjek sains. Responden kajian terdiri daripada 10
orang murid tahun 6 Al-Ghazali dari Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak
dengan wajaran enam orang lelaki dan empat orang perempuan. Tinjauan awal
mendapati murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis mesin ringkas.
Justeru, kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen analisis data, ujian pra
dan pasca serta pemerhatian. Lynx Puzzle ini menggunakan kaedah padanan
gambar dan mempunyai penerangan di bahagian belakang kad. Murid boleh
menyemak sama ada padanan gambar mesin dan nama mesin betul atau salah
secara kendiri berdasarkan padanan warna dan penerangan bagi setiap kad Lynx
Puzzle. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan murid terhadap topik Mesin
meningkat. Manakala analisa ujian pra dan pasca pula menunjukkan peningkatan
prestasi sebanyak 42%. Seterusnya, dapatan kajian ini turut menunjukkan
perubahan sikap murid ke arah yang lebih positif setelah intervensi diperkenalkan.
Dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan Lynx Puzzle membantu
meningkatkan tahap penguasaan murid bagi topik Mesin, meningkatkan prestasi
serta minat murid bagi subjek sains.
Kata kunci: meningkatkan, penguasaan, mesin ringkas, Lynx Puzzle, padanan
KC27
PENGGUNAAN TEKNIK PPDAKU DALAMMENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBINA KERANGKA DAN MENULIS KARANGAN BAGI MURID 6 TANGKAS
ABDUL RANI BIN ABDUL RAHMAN
Sk Taman Seri Gombak
Jalan SD1/1, 68100 Batu Caves, Selangor
g-65317689@moe-dl.edu.my
PPDAKU ialah akronim bagi teknik membina kerangka dan menulis karangan iaitu
Pendahuluan, Penutupan, Di mana, Apa, Kenapa atau Kerana dan Untuk.
PPDAKU merupakan satu teknik inovasi yang bertujuan untuk membantu murid
merangka idea secara kohesi dan menulis karangan dengan baik. Kajian ini
bertujuan untuk mengatasi masalah penulisan karangan bagi murid Tahun Enam
Tangkas yang berprestasi rendah di SK Taman Seri Gombak. Teknik PPDAKU
digunakan untuk membina kerangka dan menulis karangan iaitu PP merujuk
kepada P-pendahuluan, P-penutupan, manakala DAKU (di mana, apa,
203