Page 211 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 211
muzik tersebut. Daripada dapatan kajian ini, teknik ini amat membantu MBK dalam
memainkan alat muzik Angklung dan Caklempong dengan baik. Mereka juga
mampu untuk melakukan persembahan alatan muzik tersebut dikhalayak ramai
dengan penuh berkeyakinan.
Kata kunci: Kot DIGIT Muzik, Murid Berkeperluan Khas (MBK), alat muzik
Angklung dan Caklempong
KC32
CARA CEPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA MURID PRASEKOLAH
DENGAN MENGGUNAKAN KIT AULAD PINTAR (KAP)
SHARIFAH BINTI SAAD
SK Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah
mencarisinardhuna@gmail.com
Menurut Zainiah (2005), membaca merupakan satu tumpuan utama dalam
komponen kurikulum prasekolah kerana membaca adalah aspek yang sangat
penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dunia kanak – kanak penuh dengan
aktiviti bermain. Kanak – kanak mempelajari sesuatu dengan paling berkesan
apabila mereka sedang berseronok. Sama juga untuk memperkenalkan konsep
kemahiran literasi khususnya kemahiran membaca perlulah dengan cara yang
menyeronokkan. Bahan inovasi yang dihasilkan adalah untuk menangani masalah
kemahiran membaca murid-murid yang digabungjalinkan dengan kaedah belajar
sambil bermain. Bahan inovasi ini, terdiri daripada modul bacaan yang digunakan
bersama bahan bantu belajar yang menarik. KIT Aulad Pintar terdiri daripada 4
modul bacaan iaitu modul mengenal huruf, modul mengenal suku kata, modul baca
perkataan dan modul baca ayat mudah. Setiap modul ini, digunakan bersama kit
belajar sambil bermain iaitu kit mengenal huruf, kit kayu suku kata, kit cantum suku
kata menjadi perkataan dan kit susun perkataan menjadi ayat mudah. Bahan
inovasi Kit Aulad Pintar (KAP) ini dapat membantu murid-muridprasekolah
menguasai kemahiran membaca dalam tempoh 12 minggu pembelajaran. KAP
bukan membaca buku semata-mata namun aktiviti belajar sambil bermain
diterapkan dalam KAP bagi memastikan murid-murid seronok belajar
KC33
MODEL KIT BAYANG-BAYANG “KBB”
ANITA BINTI HARIS
SK Parit
32800 Parit, Perak Darul Ridzuan
titatu71@gmail.com
Inovasi penggunaan Kit Bayang-Bayang ‘KBB’ ini direka khusus berdasarkan
keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai
tajuk Kesan Putaran Bumi. Dalam tajuk ini murid perlu memahami kesan putaran
bumi akan menyebabkan kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah dan
berlakunya perubahan panjangdan arah bayang-bayang. Terdapat beberapa faktor
penyebab kepada ketidakberkesanan pengajaran guru sebelum ini. Perancangan
207