Page 209 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 209
KC29
‘WHEEL OF COLOURS’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MURID
MEMBINA AYAT MUDAHMELALUI PEMBELAJARAN GRAMMAR DALAM
BAHASA INGGERIS
1
SITI ROHAIZALINA BINTI MOHD JALALUDDIN , SITI AISYAH BINTI MOHD
2
3
RAZALI , NURUL HUSNA BINTI MOHD KHAIRUL AMIR , AHMAD AMIR ZAHIN
4
BIN MOHD SHAIPULKHAHAR
SK Bukit Wan
21060 Kuala Nerus, Terengganu.
1 zalinadean5260@gmail.com
Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia dan bahasa
kedua dikebanyakan negara. Kesedaran terhadap pentingnya penguasaan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid, maka kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk
memantapkan lagi penguasaan asas grammar. Kebanyakan murid kurang jelas
terhadap penulisan ayat mudah bahasa Inggeris dengan betul. Wheel of Colours
diperkenalkan dalam asas grammar Verb to Be dan secara tidak langsung
melibatkan penggunaan Adjectives berdasarkan Sukatan Pelajaran Tahun 5.
Wheel of Colours membantu murid menyelesaikan masalah asas grammar dengan
menggunakan teknik pusingan roda. Wheel of Colours dibahagikan kepada dua
iaitu Verb to Be (singular) dan Verb to Be (plural). Kajian ini melibatkan sebanyak
18 orang murid dari SK Bukit Wan, Kuala Nerus, Terengganu. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dan data tersebut diperoleh daripada markah
murid berdasarkan kepada ujian pra dan pasca. Hasil dari analisis tinjauan awal
menunjukkan hanya 4 orang (22%) memahami pembinaan ayat mudah dengan
cepat manakala 14 orang (78%) kurang memahami pembinaan ayat mudah
dengan cepat. Selepas diperkenalkan Wheel of Colours, dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid 16 orang (89%) dapat
memahami pembinaan ayat mudah dengan cepat dan 2 orang (11%) kurang
memahami pembinaan ayat mudah. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai
pembelajaran grammar dengan lebih baik selepas penggunaan Wheel of Colours.
Wheel of Colours berpotensi dalam menarik minat pelajar selain meningkatkan
pencapaian dalam bahasa Inggeris.
Kata kunci: wheel of colours, verb to be, grammar, pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc)
KC30
GARISAN HATI
NURAIN NAQUIAH BINTI RUSLAN
SK Lotong Kudat
Peti Surat 319, 89057 Kudat, Sabah
sayang_quiah@yahoo.com.my
Kaedah tulang ikan sering digunakan dalam menyelesaikan masalah matematik.
Garisan Hati telah dibangunkan bagi menggantikan kaedah tulang ikan bertujuan
membantu murid sekolah rendah untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid sekolah rendah khususnya yang tidak
205