Page 260 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 260
tahun enam di sebuah sekolah rendah di daerah Bagan datuk. Melalui ujian ini
tahap pencapaian dan tahap pengguasaan murid diukur dengan menggunakan
ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan dalam pencapaian skor dalam ujian pasca selepas kaedah
pendekatan gamikasi dijalankan. Oleh itu kaedah pendekatan gamifikasi dengan
teori pembelajaran Konstrutivisme lebih meningkatkan pencapaian skor pelajar
dalam penulisan Bahasa Inggeris berbanding menggunakan pendekatan
konventional kerana kaedah ini dapat membantu pelajar untuk lebih aktif, yakin diri
dan mampu meningkatkan kemahiran berfikir. Implikasi daripada kajian tindakan ini
membantu guru untuk meningkatkan kemahiran, kefahaman dan penguasaan
penggunaan komputer dan konsep gamifikasi supaya dapat menarik minat pelajar
untuk mempelajari subjek tertentu dengan lebih baik dan berkesan. Pada masa
akan datang kajian ini boleh diteruskan dengan reka bentuk kuasi eksperimen bagi
menilai sejauh manakah keberkesanan pendekatan gamifikasi bukan sahaja dalam
Matapelajaran Bahasa Inggeris malah matapelajaran yang lain.
Kata kunci: Kemahiran menulis, Pendekatan gamifikasi, Bahasa Inggeris,
Teknologi dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme
KE19
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENULIS ULASAN JENIS
FAEDAH MENGGUNAKAN TEKNIK PAYUNG BAGI MURID TAHUN 5
PRIYADARSHINI A/P RAGUNATHAN, SHOBANA JANE A/P SATHIAN,
SUGITHERRA A/P SEENIVASALU NAIDU
SJK(T) Labis
Jalan Sekolah, 85300, Labis, Johor
priyarajendrans1589@yahoo.com
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan ke atas 5 orang murid Tahun
5 di SJKT Labis untuk mengaji kesan penggunaan Teknik Payung terhadap
prestasi (skor) murid dalam ulasan jenis Faedah. Ia juga dijalankan untuk mengaji
persepsi murid terhadap Teknik Payung dalam meningkatkan penguasaan dan
prestasi dalam ulasan jenis Faedah. Sebelum Teknik Payung diaplikasikan murid-
murid yang terlibat dalam kajian ini telah mengikuti pembelajaran tanpa
menggunakan Teknik Payung dan diberikan ujian PRA. Selepas itu, pengajaran
dan pembelajaran ulasan jenis Faedah menggunakan Teknik Payungdijalankan.
Seterusnya mereka diberi ujian Pasca. Keputusan Skor ujian Pra dan ujian Pasca
digunakan untuk menentukan tahap penguasaan dan prestasi murid dalam ulasan
jenis Faedah sebelum dan selepas Teknik payung digunakan. Maklumat mengenai
persepsi murid terhadap penggunaan Teknik Payung dikumpulkan melalui soal
selidik. Prestasi (skor) murid dalam ujian PRA dan ujian PASCA dianalisis dalam
bentuk peratus (gred) dan min .Sementara maklumat yang diperolehi daripada
soal selidik dianalisis dalam bentuk peratus persetujuan. Dapatan menunjukkan
prestasi (skor) murid dalam ulasan jenis faedah meningkat selepas menggunakan
Teknik Payung. Ini ditunjukkan dengan peningkatan peratus lulus dari 20% kepada
100% dan peningkatan peratus cemerlang dari 0% kepada 40%. Murid juga
mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan Teknik Payung dalam
pembelajaran ulasan yang bertajuk faedah. Ini ditunjukkan oleh 97% murid
bersetuju bahawa Teknik Payung meningkatkan penguasaan dalam menulis
256